Sunday, 1 September 2019

Penghasilan Produk

Nik Muhammad Munir Bin Nik Lah


Kemahiran Memproses Maklumat Dan Penyediaan Bahan Bertulis

  • Kemahiran memproses maklumat ialah sebuah peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan, atau mencantumkan idea-idea serta mentafsirkan dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
  • Pelajar perlu menguasai kemahiran memproses maklumat kerana ia adalah amat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.


Langkah-langkah Utama Untuk Memproses Maklumat:

1.Menganalisis Maklumat
2.Mentafsir Maklumat & Membuat Kesimpulan
3.Menilai Maklumat
4.Mensintesis Maklumat

Menganalisis Maklumat

Maklumat terbahagi kepada dua iaitu maklumat kuantitatif dan kualitatif.
Terdapat pelbagai cara untuk menganalisis maklumat kuantitatif antaranya:
Carta pai

Graf  lengkung

Piktograf

jadual

Mentafsir Maklumat

Mentafsir maklumat bermaksud memberi penerangan atau mengulas tentang sesuatu bahan.
Mentafsir teks adalah memberi penerangan tentang teks yang telah dibaca dengan menjelaskan maksud tersurat dan mencari maksud tersirat.
Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

Berikut merupakan langkah – langkah untuk mentafsir maklumat dalam bentuk teks:
a) Memecahkan data kepada bahagian kecil – mengenal pasti tema yang dibincangkan.

b) Meneliti semua data untuk mencari perkaitan – menentukan perkaitan antara tema-tema.
c) Membezakan fakta daripada hipotesis – mengenal pasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.
d) Membezakan idea utama daripada idea sampingan – menentukan perhubungan antara idea utama dan idea sampingan.


Membuat Kesimpulan

Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti daripada maklumat yang telah dianalisis dan ditafsirkan.


Menilai Maklumat


2 Perkara penting menilai maklumat :

i. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
  • Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut : 
  1. Autoriti - Kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh
  2. Ketepatan - Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca
  3. Saksama - Bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
  4. Nilai semasa - Maklumat yang terkini.
  5. Lengkap dan jelas - Memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu
ii. menilai maklumat dalam penulisan.
  • Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.


Mensistesis Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis

  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea.
  • Sintesis Maklumat amat penting untuk menyediakan bahan bertulis.

Fajarul Amin Bin Roslan


[ Sistem Pengurusan Pembelajaran 



   Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengurusan pembelajaran?

* Sistem pengurusan pembelajaran juga dikenali sebagai learning management system (LMS) 
* ia merupakan satu aplikasi perisian pentadbiran, dokumentasi dan program latihan, kelas serta antivirus talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. 
* Program LMS ini merupakan hasil kerjasama antara kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU.
    MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS). 

     LMS dibahagikan kepada dua kategori:

     1) propietary
-      -blackboard

2    2) open source 
       -Moddle



    Ciri-ciri sistem pengurusan maklumat 


* a. Satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan dikenali sebagai sistem pengurusan pembelajaran (SPP) 
* b. SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk menghantar, merancang dan menguruskan e-pembelajaran.

* c. SPP juga digunakan menjejak, mengurus latihan dan menyampai.
  
    Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaranb. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusiac. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat• Kemudahan komunikasi• Kemudahan penilaian


 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT



  • SPP digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.
  • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  • Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu.
  • Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  • Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual.
  • Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibran.
  • Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik. 
  • Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.


 KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN



  1. Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.
  1. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.
  1. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
  1. Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.
  1. Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.
  1. LMS juga membenarkan pelajar untuk berkongsi maklumat dengan pihak luar.
  1. Dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti kerja seseorang pekerja.


       Kelebihan LMS

   1. Pelajar

 dapat merancang pembelajaran serta mampu berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.

   2 .Pengurus pusat pembelajaran

 menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.

   3. Pengurus kursus  

 mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.
   
Muhammad Abzar Bin Burhanudin

PENYESUAIAN SOSIAL.



Apa itu penyesuaian? Mengapa penyesuaian itu penting dalam kalangan pelajar? 


Penyesuaian merupakan proses adaptasi seseorang individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya serta menangani tekanan  yang terhasil daripada tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran tersebut. Dalam konteks ini, penyesuaian sosial meliputi tuntutan daripada aspek penglibatan dalam aktiviti sosial,  hubungan ahli keluarga setelah berjauhan dengan mereka dan tahap kepuasan terhadap persekitaran sosial di tempat pengajian. Selain itu, penyesuaian juga merupakan proses interaksi antara individu dengan persekitaran dan keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu. 

Penyesuaian begitu penting kerana setiap pelajar perlu melakukan penyesuaian dalam kalangan mereka apabila memasuki sesuatu tempat pengajian.  Hal ini kerana jika seseorang pelajar itu gagal menyesuaikan diri mereka di tempat pengajian,  secara tidak langsung ia akan menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran. Di samping itu, pelajar juga perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah mereka supaya mereka mendapat keberkatan ilmu daripada pensyarah mereka.Tuntutan-tuntutan yang terdapat dalam persekitaran dapat ditangani serta diatasi sekiranya pelajar dapat menggunakan kemahiran interpersonal dan intrapersonal dengan baik.

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal? 

  • KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Menurut Teori multiple Intelligences (Gardner,  1993), kemahiran interpersonal Merupakan  keupayaan  seseorang  untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Di samping itu juga, kemahiran interpersonal juga melibatkan keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan suatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain serta keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri.

Tambahan pula,  kemahiran ini sangat sesuai untuk membina hubungan yang berkesan antara guru dengan pelajar. Kemahiran ini juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berhubung dengan orang lain secara bertulis dan lisan. Seterusnya, individu yang mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi lebih gemar untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.

Apakah kepentingan kemahiran interpersonal? 

Baiklah, kemahiran interpersonal sangat penting terutama bagi golongan pendidik dan pelajar. Kemahiran ini perlu dilakukan dengan berhikmah kerana kemahiran ini dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi sangat lancar dan mencapai objektif. Selain itu, kemahiran ini juga dapat meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar serta kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni. 

Apakah tujuan mempelajari hubungan interpersonal bagi golongan guru?

Hubungan interpersonal dapat membantu guru-guru agar memperoleh pengetahuan tentang cara memujuk atau mempengaruhi pelajar. Selain itu, hubungan ini juga dapat mengembangkan bakat pelajar yang sedia ada. Di samping itu juga, hubungan interpersonal juga mampu memberi pengetahuan kepada guru-guru tentang bagaimana cara untuk membina hubungan yang berkesan dengan pelajar serta cara menggunakan pendekatan yang mesra dengan pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa hubungan ini mampu membina suasana yang harmoni dalam kalangan guru dan pelajar jika hubungan ini dihayati dan diamalkan. 

Bagaimanakah cara untuk menguasai kemahiran interpersonal dengan baik? 

Cara untuk menguasai kemahiran ini adalah dari aspek fizikal. Aspek fizikal terdiri daripada lokasi bilik dan ruang untuk berkomunikasi. Seterusnya, aspek kedua ialah observatori ataupun lebih dikenali dengan cara melakukan pemerhatian pada perasaan, pemikiran dan tindakan serta mendengar dengan baik. Aspek yang ketiga adalah dengan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada orang yang dilayan. Penguasaan ketiga tiga aspek ini akan membantu seseorang guru untuk menguasai kemahiran interpersonal. 

Sebagai tambahan, komunikasi interpersonal ini berlaku dalam kumpulan yang kecil sahaja dan bertujuan untuk berbual bagi menyampaikan perasaan. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai kelebihan yang banyak kerana mampu untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Selain itu, kemahiran interpersonal juga melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan. Oleh hal yang demikian, sebutan ketika berkomunikasi mestilah jelas dan lancar. Tambahan pula, kemahiran mendengar sangat diperlukan dalam proses berkomunikasi. Komunikasi interpersonal juga tidak berlaku dengan menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks, namun komunikasi ini berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka.  

Secara keseluruhannya, komunikasi interpersonal ini berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk menyelesaikan masalah, berkongsi maklumat dan memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi. 

  • KEMAHIRAN INTRAPERSONAL 

Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri. Kemahiran ini membantu seseorang untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Hal ini membantu mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Tambahan pula, individu yang mempunyai kemahiran ini lebih tabah ketika menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. 

Secara luarannya, golongan yang mempunyai kemahiran ini akan lebih kelihatan banyak mengelamun dan murung,  namun mereka sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan. 

Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran intrapersonal dalam kalangan pelajar? 

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan guru-guru mencadangkan pelajar-pelajar untuk menyimpan jurnal dan diari. Hal ini membolehkan para pelajar menghuraikan perasaan mereka apabila mereka melakukan sesuatu aktiviti serta menilai kerja mereka dan menulis pengalaman pahit dan manis mereka di dalam diari.         

Selain itu,  para pelajar juga boleh menggunakan kemahiran memerhati dan fokus serta menganalisis. Di samping itu juga, para pelajar juga boleh menggunakan kaedah metakognitif iaitu kaedah yang menyedari teknik pembelajaran sendiri dan mereka dapat menjelaskannya.


  • PELAJARAN SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN



Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan serta belajar bersama-sama dengan aktif. Selain itu, komuniti pembelajaran juga bermaksud tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan serta berkongsi dan membantu  ahli kumpulan dalam proses belajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa komuniti ini mampu membina kesedaran bekerjasama dalam kumpulan. Selain itu, komuniti ini juga dapat memudahkan proses mengingat.

Menurut McMillan dan Calvis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut:
-Keahlian
-Pengaruh
-Memenuhi keperluan individu 
-Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan 

Hal ini jelas menunjukkan bahawa komuniti ini boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kerana ia membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan serta berkongsi idea. Komuniti ini sesuai dijalankan di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan komuniti pembelajaran. Di samping itu, masyarakat juga turut memainkan peranan yang besar dalam membentuk peribadi murid-murid kerana komuniti pembelajaran juga berlaku di luar persekitaran sekolah.

  • ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT



Secara umumnya, ia melibatkan proses mendapatkan dan  penyusunan maklumat. Perkongsian maklumat boleh dilakukan oleh golongan pendidik dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti  Blog, Skype, Slideshare dan Flickr.

 Kelebihan Blog 

– Membolehkan penulis blog berkongsi maklumat
– Perbincangan dapat dilakukan dengan penulis blog berkaitan maklumat yang dipersembahkan

– Maklumat yang dikongsi dapat dikemaskini dengan mudah
 Kelebihan Flickr

         – Satu laman web yang boleh digunakan memuat naik gambar-gambar. Sebagai contoh, memuat naik  gambar tentang tempat-tempat yang bersejarah. Hal ini secara tidak langsung dapat berkongsi maklumat kepada orang lain.


Kelebihan Slideshare


– Satu laman web yang membolehkan seseorang mempersembahkan dan berkongsi maklumat.
– Golongan pendidik boleh menggunakannya sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM).




Kelebihan Skype

– Satu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma
– Boleh digunakan untuk berkongsi maklumat dengan orang lain walau di mana berada. 


Perkara-perkara yang perlu diteliti untuk menentukan kesahihan maklumat yang diperoleh ialah:

- mengenal pasti personaliti individu yang menyampaikan maklumat
- pengiktirafan kepada perkongsian maklumat berkenaan
- kemudahan dan teknologi yang disediakan 
- kesanggupan meluangkan masa untuk perkongsian maklumat

  • ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Gender adalah perbezaan sifat, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan. Perkara ini bukan dipandang dari aspek biologikal sahaja, namun dipandang juga dari segi perbezaan prestasi akademik di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem akademik. Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan  peperiksaan awam (UPSR, PMR, dan SPM) pada   tahun   1996-2000 yang menunjukan pelajar   perempuan memperoleh prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata pelajaran. Selain itu, kajian juga membuktikan pelajar perempuan lebih baik dalam tugasan yang memerlukan penghafalan fakta. 

 Hal ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan gender di universiti dan dalam struktur kerajaan. Faktor gender juga memberikan kelebihan semula jadi kepada wanita kerana kadar ingatan mereka lebih tinggi daripada lelaki. Oleh itu, masalah ini perlu diatasi kerana mereka yang gagal dalam pendidikan akan menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat yang dapat meningkatkan kegiatan jenayah. 

       


·